BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 17 September 2011

Cinta Yang Mahal Itu Tak Perlu Di Lafazkan..


Cinta Yang Mahal Itu Tak Perlu Di Lafazkan..

“Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan, 
cinta yang agung itu adalah satu pengorbanan, 
tak ramai yang sanggup berkorban kepada orang yang dia cintai…”

Cinta yang mahal itu tak perlu dilafazkan.. kenapa?
Kenapa tak perlu dilafazkan?

Nak tau kenapa?

Jom kita baca satu kisah cinta yang menjawab persoalan tadi..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. 
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. 
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan 
di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada suami. 
Ini dialog mereka:

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? 
Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, 
namun begitu abang memang menyayangi 
dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? 
Bagaimana abang boleh katakan abang sayang 
dan cintakan saya 
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi 
abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! 
Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. 
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan 
teman lelaki, semuanya tahu menerangkan 
mengapa mereka mencintai. 
Dalam bentuk puisi dan syair lagi. 
Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata 
Baiklah! Abang mencintai sayang sebab sayang cantik, 
mempunyai suara yang merdu, penyayang 
dan mengingati abang selalu. 
Abang juga sukakan senyuman manis dan 
setiap tapak sayang melangkah, 
di situlah cinta abang bersama sayang!’

Si isteri tersenyum dan berpuas hati 
dengan penerangan suaminya tadi. 
Namun begitu selang beberapa hari si isteri 
mengalami kemalangan koma. 
Si suami amat bersedih dan menulis 
sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. 
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

‘Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu. .. 
sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu. .. 
sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyumanmu, aku mencintaimu. .. 
sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu. … 
sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! 
Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. .

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.. 
Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi..

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!

Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya 
dan cinta tidak perlu ada sebab. 
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia 
tidak boleh dilihat, dipegang.. 
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’

Inilah makna cinta.


di copy n paste dr hirisfuschia.blogspot.com


2 comments:

Teratak Kasih said...

i loike...:)

Lieyja Ali said...

best kan...terharu ni..kakak copy dr blog org lain :)