BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 15 September 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2011



APAKAH ERTI KEMERDEKAAN KEPADA ANDA?


Detik bersejarah yang berlaku 54 tahun dahulu kini merupakan perkara yang sangat penting dalam rentetan sejarah tanahair kita. Namun begitu, berapa ramai yang menghargai kemederkaan yang dikecapi? 


Apabila disebut pasal kemerdekaan, erti kemerdekaan, pasti ramai yang sekadar mengambil perkara ini sambil lewa. Adakah kita sedar yang pada bila-bila masa, kita mungkin akan dijajah semula, jika kita sendiri tidak sedar dan tidak sayangkan negara kita sendiri? Kemerdekaan yang telah kita kecapi puluhan tahun ini mungkin akan menjadi suatu lagi peristiwa sejarah yang tertulis dalam buku-buku rujukan. Aku kadangkala terfikir, bagaimana jika peperangan tiba-tiba melanda, adakah aku cukup kuat untuk menghadapinya? adakah aku mampu untuk berdiri berani menentang musuh? persoalan-persolan yang bermain di benak fikiran ini tidak pernah mendapat jawapan, kerana aku sendiri tidak pasti.


Semoga kita lebih menghayati hari kemederkaan ini, bagi aku sambutan atau perarakan itu tidak penting, mengibarkan bendera Malaysia semata-mata tidak cukup, kita perlu lebih memahami erti kemederkaan yang tercapai. Pelajari sejarah, dan ingatinya, semoga sejarah itu tidak berulang.


SELAMAT HARI MALAYSIA 16.09.2011



0 comments: